green love

Tuesday, October 26, 2010

ZINA

Firman Allah :

ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

(surah isra' ayat 32)

Larangan zina yang digunakan di dalam ayat ini ialah ‘janganlah kamu mendekati zina’ dan bukanlah digunakan ‘janganlah kamu melakukan zina’, kerana ia mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya penzinaan sahaja dilarang, tetapi segala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, masih ramai yang hanya memandang sepi sahaja terhadap larangan-larangan yang telah disyariatkan ini. Melakukan perbuatan zina bukan sahaja melanggar perintah Allah swt dan anjuran islam, malah telah menyalahi peraturan adat dan tatasusila hidup berukun dan merosakkan kedamaian. Namun begitu,adakah larangan terhadap perbuatan zina ini telah benar-benar memberi kesan kepada remaja khususnya di daerah kuantan ini?

Agama Islam adalah agama yang bercirikan lengkap, menyeluruh, menepati sesuatu tempat serta tetap dan anjal. Menyentuh berkenaan gejala zina yang berleluasa,tidak dapat disangkal lagi bahawa akal manusia biasanya mengakui perbuatan zina itu dikeji oleh agama kerana hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang telah melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri seperti menimbulkan sesuatu perbuatan yang menyeronokkan dalam diri mereka.

Dapat dilihat dunia pada hari ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Pelbagai masalah zina bebas yang dilakukan dan hasilnya sangat dasyat di mana sesetengah bayi yang telah dilahirkan secara luar nikah dibuang di merata-rata tempat. Hal ini kerana mereka berasa takut atas perbuatannya terbongkar serta malu kepada masyarakat. Selain itu, ada pula lelaki yang menuduh perempuanlah punca segala perbuatan zina, kerana dikatakan perempuan yang sering mempamirkan tubuh untuk menaikkan nafsu berahi lelaki.

Realiti yang dapat diperhatikan kini ialah masyarakat terutama masyarakat islam khususnya sudah tidak menitik beratkan etika berpakaian, di mana pakaian seorang muslim itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Sehubungan itu, nilai pakaian masa kini sudah dicemari oleh individu yang berpakaian hanya sebagai syarat dan adat sahaja dan pendedahan sebahagian tubuhnya yang telah mendorong kepada gejala zina. Di samping itu, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan) juga masalah-masalah yang memungkinkan berlakunya panggilan dan tarikan-tarikan untuk berzina.

Islam melarang masyarakat bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kerana kebebasan dalam pergaulam lelaki dan perempuan pasti akan menimbulkan fitnah zina. Sebelum berlakunya zina, agama islam juga melarang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpandang-pandangan kerana dikhuatiri panahan dari pandangan tersebut akan menggelorakan syahwat sesama sendiri. Kemudian geloraan syahwat tersebut akan meronta meminta dilepaskan dan akhirnya terjadilah persetubuhan haram yang diidamkan. Mereka tidak pernah rasa bimbang atau takut dengan suruhan dan larangan tersebut malah berasa seronok apabila mengingkarinya. Demikianlah seterusnya agama islam sengaja meluaskan daerah larangannya, agar kemungkinan-kemungkinan berzina itu akan selalu tertutup rapat.


Kaedah usul fiqh berbunyi:

سدا للذريعة ودرءا للمفسدة

"menutup jalan kemungkinan untuk melakukan dan berusaha menolak kepada apa yang merosakkan”

Larangan zina mengingatkan kita agar jangan mendekati zina, inikan pula untuk melakukannya. Kalimah ”janganlah kamu menghampiri”, yang terkandung dalam alquran memberikan isyarat bahawa jika larangan ini diabaikan, ia akan menimbulkan banyak perkara yang boleh membahayakan diri dan mencemarkan agama,bangsa dan negara. Kemudian disebutkan perkataan yang disertai dengan gaya bahasa yang sangat menarik iaitu ” sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ”. Perbuatan keji (al-fahisyah) adalah perkara negatif yang melampaui batasan. ”Dan suatu jalan yang buruk” perkataan yang disebutkan ini juga di antara perkara yang tidak diingini bagi setiap individu. Kekejian zina diakui oleh masyarakat yang ingin dihormati dalam kehidupannya kerana prinsip ini akan menghiasi masyarakat dengan emosi yang terpuji dan moral yang tinggi bagi kemajuan kehidupannya.

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke empat, perkataan larangan mempunyai dua maksud, yang pertama ialah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Manakala yang ke dua ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan) tegahan.

Perkataan zina pula bermaksud persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan hubungan suami isteri), mukah :jangan kamu melakukan. Berzina ialah melakukan zina, berbuat zina dan mukah. Selain itu, penzinaan bermaksud perihal atau perbuatan zina.

Zina berdasarkan ilmu syara’ adalah perbuatan di mana seorang lelaki dan perempuan yang dengan jelas tidak terikat dengan pernikahan yang sah (menurut syariat Islam), melakukan hubungan kelamin, sedemikian sehingga kemaluan lelaki (hasyafah) si lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita (farji), tidak mempedulikan akan terhasil orgasme atau tidak. Dalam hal ini, penzina harus berada dalam keadaan yang terikat dengan tanggungjawab. Namun demikian, ada sebahagian mereka yang terlepas dari taklif, antaranya:
1. yang tidak berakal, belum baligh, gila, tidur
2. yang di paksa (mukrah)
3. yang terpaksa (mudhtarir)

Larangan mendekati zina di sini ialah prevensi (sadd dzaria’h) atau berhati-hati (ihtiyath). Larangan menghampiri perbuatan zina adalah kerana orang yang menghampiri perbuatan tersebut tidak akan dapat lari dari melakukannya melainkan dengan perlindungan Allah s.w.t, sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dipancing oleh Zulaikha agar mendekatinya namun tidak diendahkan nabi Yusuf a.s hinggalah Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Namun begitu,baginda menolaknya. Penolakan baginda menaikkan kemarahan Zulaikha kerana merasakan dirinya dihina oleh hambanya sendiri. Akhirrnya Yusuf terperangkap dengan Futhifar (suami kepada Zulaikha) yang pulang ke rumah ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang meluru ke pintu. Kemudian Zulaikha telah memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walaubagaimanapun baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka bahawa baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi baginda dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

Islam juga memandang serius kepada berlakunya perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat.

Rasulallah s.a.w. bersabda:

“tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.

Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.
Puasa Tapi Tidak Solat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya : “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”

Beliau rahimahullah menjawab: “Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad."

Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.”
(Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.”
(HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda :
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahwa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat mayoritas sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.

‘Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi’in yang sudah masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat.”

[Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahwa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat kelak.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Oleh sebab itu, kami katakan, “Solat kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (kerana sebab meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripada dirinya...

Matahari Terbit dari Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

Pada 30 Julai 2003, para ahli kaji bintang mendapati Marikh bergerak perlahan dan kerap berpatah balik secara berulang kali sebelum berhenti, dan pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik.

Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.

Ahli kaji bintang menegaskan bahawa fenomena ini juga akan berlaku ke atas planet Bumi dalam jangka waktu yang terdekat. Bermakna Hari Qiamat sudah terlampau dekat.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Hasil dari kajian sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Antara ADAM dan HAWA

Untukmu Adam Dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun… itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Wanita yang Perlu Dijauhi dari Dikahwini


Jangan Kahwini Wanita Ini

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising

Tanduk Iblis


Tanduk Iblis

Maklumat ini daripada Ustaz Harun Din, beliau bacakan artikel tentang fakta bahawa planet marikh (planet terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan september lepas. Ini menunjukkan bahawa planet yang berhampiran dengan planet marikh juga akan mengalami kejadian yang sama.

Maka akan terjadilah kejadian matahari akan timbul dari arah barat yang juga merupakan tanda-tanda besar kiamat. Pada masa itu jugalah pintu taubat akan ditutup. Kata para astronomi, bumi hanya tunggu masa sahaja. Maklumat ini tidak didedahkan secara meluas dan telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana ia menguntungkan umat Islam.

Wallahu a'lam

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Sesiapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam, maka
sebenarnya dia sedang bersolat diantara dua tanduk iblis.

Tulang Rusukku


Tulang Rusukku...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.......


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?